BRISKWALK & LAWATAN KE AKADEMI KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (AKSM)

Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), Zon Abu Bakar As-Siddiq telah mengadakan Program Briskwalk & Lawatan ke Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan hidangan sarapan ringan berupa sandwich dan pulut kuning yang dinikmati bersama oleh semua peserta. Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah BPKR, Tuan Mamat Haizan bin Salleh, diikuti dengan bacaan doa serta ucapan perasmian dan kata-kata semangat untuk menyuntik motivasi kepada semua peserta.

Kemudian pada jam 9.30 pagi, warga BPKR bersama-sama melakukan senaman ringan di Galeri JKSM sebelum acara Flag-off Briskwalk BPKR dimulakan. Rombongan peserta berjalan mengelilingi tasik menuju ke AKSM dalam suasana santai, segar dan penuh semangat kekitaan.

Setibanya di AKSM sekitar jam 11.00 pagi, rombongan disambut mesra oleh Puan Noor Huda binti Roslan, Pengarah Bahagian Latihan JKSM. Para peserta turut dijamu dengan pelbagai kuih-muih dan minuman ringan sambil mendengar taklimat ringkas daripada beliau serta ucapan oleh Puan Salwani binti Khalid, Timbalan Pengarah (KPP) Bahagian Latihan JKSM.

Selesai sesi taklimat dan jamuan, para peserta mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan di ruang utama AKSM. Selepas itu, rombongan dibawa meninjau fasiliti, bilik-bilik serta ruang yang terdapat di AKSM, sekali gus memberi pendedahan lebih dekat mengenai peranan akademi ini.

Program berakhir dengan ucapan selamat jalan daripada pihak AKSM, sebelum peserta bergerak pulang semula ke JKSM dengan berjalan cergas melalui laluan briskwalk.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti briskwalk, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim dan memberikan pengalaman bermanfaat kepada warga BPKR melalui lawatan ke AKSM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak AKSM atas sambutan mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
Share:

ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ MERIAH DENGAN JALUR GEMILANG


11 Ogos 2025, Isnin – Suasana di Zon Abu Bakar As-Siddiq, BPKR bertukar meriah apabila warga kerjanya bergotong-royong memasang Jalur Gemilang di setiap sudut pejabat pada Khamis lalu, 7 Ogos 2025. Aktiviti ini diadakan bagi menyambut pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2025 oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2025.

Ruang pejabat dihiasi dengan bendera Malaysia pelbagai saiz dari meja kerja hingga ke dinding dan siling menjadikan suasana lebih ceria serta penuh semangat patriotik. Bukan sekadar memasang bendera, aktiviti ini turut mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja sambil membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Dengan kemeriahan ini, warga BPKR kini bersedia menyambut Hari Kebangsaan dengan hati yang penuh cinta terhadap negara.

Share:

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL


03 Julai 2025 | Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Buat Allahyarham Tuan Nor Faiz Afsal

Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan pada pagi ini, 3 Julai 2025, bagi memperingati dan mendoakan roh Allahyarham Tuan Nor Faiz Afsal bin Abu Bakar, Pegawai Sulh / Pegawai Syariah Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sebelumnya.

Majlis bermula tepat jam 9.00 pagi bertempat di Zon Abu Bakar As-Siddiq telah dipimpin oleh Ustaz Anas bin Jamaluddin. Suasana majlis berlangsung dalam keadaan penuh tertib, tenang dan khusyuk, dalam mengenang jasa serta menyampaikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Semoga segala doa dan amalan yang dipanjatkan menjadi cahaya yang menerangi perjalanan roh Allahyarham di alam barzakh. Didoakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga, namun doa yang tidak putus menjadi hadiah paling bermakna daripada sahabat-sahabat yang ditinggalkan.

Al-Fatihah.
Share:

SALAM MAAL HIJRAH 1447H ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Maal Hijrah 1447H dari kami warga Zon Abu Bakar As-Siddiq.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk melangkah ke tahun baru Hijrah. Maal Hijrah ini bukan sekadar pertukaran tarikh dalam kalendar Islam, tetapi ia sepatutnya menjadi titik mula untuk kita sama-sama muhasabah dan menanam azam baru ke arah kehidupan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukan hanya sejarah semata-mata – ia penuh dengan pengajaran tentang ketabahan, perancangan, dan perubahan ke arah pembinaan masyarakat yang lebih harmoni dan teratur. Semangat inilah yang boleh kita bawa bersama dalam usaha memperkukuh budaya kerja cemerlang menerusi pelaksanaan EKSA di zon kita.

Semoga kedatangan tahun 1447 Hijrah ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih positif, saling menyokong dan terus memberi yang terbaik dalam amanah yang kita pikul.

Selamat menyambut Maal Hijrah.
"Hijrah Pemangkin Organisasi Cemerlang"

Wassalam.
Share:

MAJLIS DOA SELAMAT DAN PERPISAHAN STAFF ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ



23 Mei 2025 | Majlis Doa Selamat & Perpisahan Tn. Mohamad Zaidi bin Abdullah, Bekas KPP Seksyen Sulh

Majlis Doa Selamat dan Perpisahan bagi meraikan pertukaran Tuan Zaidi, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Seksyen Sulh, telah diadakan dengan penuh tertib dan rasa hormat pada 23 Mei 2025, jam 9.00 pagi, bertempat di Zon Abu Bakar As-Siddiq.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Tuan Pengarah Tn Mamat Haizan bin Salleh, yang menzahirkan penghargaan atas kehadiran semua tetamu serta mengimbau sumbangan besar Tuan Zaidi dalam menerajui Seksyen Sulh dengan penuh dedikasi dan integriti.

Bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Nur Assyarif, memohon keberkatan dan kemudahan urusan buat Tuan Zaidi dalam perkhidmatan beliau yang seterusnya.

Dalam ucapan beliau, Tuan Zaidi meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan yang telah diberikan sepanjang beliau bertugas sebagai KPP Seksyen Sulh. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama erat dan semangat kekeluargaan yang dikongsi bersama rakan-rakan sekerja.

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, cenderamata disampaikan kepada Tuan Zaidi oleh Tuan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, serta pegawai-pegawai BPKR. Momen tersebut disambut dengan suasana penuh mesra dan menyentuh hati.

Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Anas selaku pengacara majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan kepada semua tetamu. Kehadiran rakan-rakan setugas yang turut serta menjadikan majlis ini lebih bermakna dan penuh keakraban.

Majlis ini bukan sahaja sebagai lambang perpisahan, malah merupakan tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Tuan Zaidi sepanjang perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus sukses dan diberkati dalam kerjaya yang mendatang.

Share:

Post Popular

Labels

Arkib Zon

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JKSM : 13-14 Mei 2024

AUDIT EKSA JKSM : 15-17 Mei 2024

AUDIT EKSA JPM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan