Home »
» MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL
03 Julai 2025 | Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Buat Allahyarham Tuan Nor Faiz Afsal
Dengan penuh rasa dukacita dan keinsafan, satu Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan pada pagi ini, 3 Julai 2025, bagi memperingati dan mendoakan roh Allahyarham Tuan Nor Faiz Afsal bin Abu Bakar, Pegawai Sulh / Pegawai Syariah Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sebelumnya.
Majlis bermula tepat jam 9.00 pagi bertempat di Zon Abu Bakar As-Siddiq telah dipimpin oleh Ustaz Anas bin Jamaluddin. Suasana majlis berlangsung dalam keadaan penuh tertib, tenang dan khusyuk, dalam mengenang jasa serta menyampaikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Semoga segala doa dan amalan yang dipanjatkan menjadi cahaya yang menerangi perjalanan roh Allahyarham di alam barzakh. Didoakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh seluruh warga, namun doa yang tidak putus menjadi hadiah paling bermakna daripada sahabat-sahabat yang ditinggalkan.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment