TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN ICT JKSM, MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI PERSONAL MYSTEP DAN MAJLIS KESYUKURAN PENCAPAIAN CEMERLANG INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD


13 September 2024, Hari ini, Zon Abu Bakar As-Siddiq berpeluang mendengar taklimat kesedaran ICT yang disampaikan oleh Puan Effah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Dalam taklimat selama satu jam ini, Puan Effah berkongsi pelbagai tips dan pesanan berkaitan keselamatan ICT. Beliau menekankan pentingnya kerjasama semua pihak dalam jabatan untuk memastikan keselamatan ICT di JKSM terjamin. Keselamatan ICT sangat penting untuk menjaga integriti, kerahsiaan, dan ketersediaan maklumat serta sistem yang digunakan. Puan Effah juga berkongsi beberapa tips keselamatan yang perlu diamalkan oleh semua warga JKSM.

Selain itu, majlis ini juga menyaksikan majlis perpisahan salah seorang MyStep yang bertugas di Unit Transformasi E-Syariah, Encik Muhamad Amirul Azuan bin Kamaruazman, yang akan menamatkan tugasnya pada 20 September 2024. Encik Amirul akan menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Syariah. Tahniah diucapkan kepada Encik Amirul dan semoga berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang di menara gading.

Bahagian ini juga meraikan pencapaian cemerlang Inspektorat Rekod Jabatan yang menerima markah sebanyak 95.24 dalam penilaian oleh Seksyen Audit dan Inspektorat, Arkib Negara Malaysia. Syabas diucapkan kepada semua, khususnya Seksyen Rekod BPKR, yang telah bertungkus lumus memastikan kecemerlangan rekod bagi tahun 2024 ini. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan inspirasi kepada semua. 😊
Share:

Post Popular

Labels

Arkib Zon

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JKSM : 13-14 Mei 2024

AUDIT EKSA JKSM : 15-17 Mei 2024

AUDIT EKSA JPM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan