23 Mei 2025 | Majlis Doa Selamat & Perpisahan Tn. Mohamad Zaidi bin Abdullah, Bekas KPP Seksyen Sulh
Majlis Doa Selamat dan Perpisahan bagi meraikan pertukaran Tuan Zaidi, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Seksyen Sulh, telah diadakan dengan penuh tertib dan rasa hormat pada 23 Mei 2025, jam 9.00 pagi, bertempat di Zon Abu Bakar As-Siddiq.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Tuan Pengarah Tn Mamat Haizan bin Salleh, yang menzahirkan penghargaan atas kehadiran semua tetamu serta mengimbau sumbangan besar Tuan Zaidi dalam menerajui Seksyen Sulh dengan penuh dedikasi dan integriti.
Bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Nur Assyarif, memohon keberkatan dan kemudahan urusan buat Tuan Zaidi dalam perkhidmatan beliau yang seterusnya.
Dalam ucapan beliau, Tuan Zaidi meluahkan rasa syukur dan penghargaan atas kepercayaan yang telah diberikan sepanjang beliau bertugas sebagai KPP Seksyen Sulh. Beliau turut mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama erat dan semangat kekeluargaan yang dikongsi bersama rakan-rakan sekerja.
Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, cenderamata disampaikan kepada Tuan Zaidi oleh Tuan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, serta pegawai-pegawai BPKR. Momen tersebut disambut dengan suasana penuh mesra dan menyentuh hati.
Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Anas selaku pengacara majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan kepada semua tetamu. Kehadiran rakan-rakan setugas yang turut serta menjadikan majlis ini lebih bermakna dan penuh keakraban.
Majlis ini bukan sahaja sebagai lambang perpisahan, malah merupakan tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Tuan Zaidi sepanjang perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus sukses dan diberkati dalam kerjaya yang mendatang.
No comments:
Post a Comment