TARIKH PENTING MENJELANG EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) TAHUN 2024

 




Bagi memastikan komponen-komponen yang ditentukan dalam Panduan Pelaksanaan EKSA Sektor Awam oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dipatuhi sepenuhnya, semua Jawatankuasa Pelaksana EKSA, Ketua-ketua Zon dan Bahagian/Unit adalah dimohon mengambil perhatian akan tarikh-tarikh pelaksanaan komponen EKSA 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:


🚮3-10 Mei 2024  - Gotong Royong Bahagian Masing-masing

🗄️13 Mei 2024 (Selasa) - Gotong Royong Perdana JKSM

📋17 Mei 2024  - Audit Dalaman oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM

📊 20 Mei 2024 – Pembentangan keputusan Audit Dalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA

🧩 21 hingga 24 Mei 2024 - Tindakan pembetulan daripada teguran Audit

🕵🏻27 - 30 Mei 2024 - Audit Persijilan EKSA JPM

Share:

AKTIVITI GO GREEN 2024: PENGUMPULAN KERTAS, KOTAK KADBOD DAN SURAT KHABAR DAN DIJUAL DI PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA













22 April 2024 – Aktiviti pengumpulan ini telah dimulakan sejak dari awal tahun 2024 untuk mengumpulkan kertas, kotak kadbod dan surat khabar yang tidak digunakan lagi untuk penjualan dan hasilnya dimasukkan dalam tabung EKSA ZON ABU BAKAR ASSIDDIQ. Pada hari ini sebanyak 384 kilo dapat dikumpulkan untuk dijual melibatkan hasil sebanyak RM144.45.

Keseluruhan Jumlah kutipan penjualan untuk EKSA dari tahun lepas adalah sebanyak Rm178.50. Segala hasil ini akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk EKSA.

Share:

MESYUARAT EKSA ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ APRIL 2024





 



22 April 2024  – Zon Abu Bakar As-Siddiq telah mengadakan mesyuarat  berkaitan persediaan  menjelang tarikh keramat Audit  EKSA yang berbaki lagi 35 Hari lagi iaitu pada 27-30 Mei 2024 akan datang . Beberapa idea bernas dan menarik telah dikumpul hasil dari perbincangan ini. Setiap Ahli diberi peranan dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing.


Zon Abu Bakar As-Siddiq juga akan melakukan gotong-royong kecil bagi menambah baik persekitaran pemandangan di dalam zon.
Share:

TADARUS AL-QURAN JKSM TAHUN 2024- ZON ABU BAKAR ASSIDDIQ



 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445H – bersempena 1 Ramadhan pada hari ini, ahli Zon Abu Bakar Assidiq menyertai kempen rogram Tadarus Al-Quran Peringkat JKSM Tahun 2024 bersempena Program Ihya Ramadan KKS & PCK JKSM 1445H anjuran KKS JKSM. BPKR diberi surah An-Anfal (41) sehingga Surah Yusuf (52). Tadarus BPKR telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Lelaki dan Wanita.

Share:

SALAM RAMADHAN MUBARAK

 


Share:

Post Popular

Labels

Arkib Zon

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

AUDIT EKSA JKSM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan