AUDIT EKSA JKSM KALI KE-2 27 JUN 2024






27 Jun 2024 - Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menerima kunjungan juruaudit dalam JKSM. Auditan dilaksanakan lebih kurang pada jam 3.40 petang dan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Zon, Puan Siti Aishah binti Kamaruddin


Juruaudit dibawa melawat ke bilik pegawai, ruang pejabat, ruang menunggu, bilik rekod dan ruang gunasama seperti surau, tandas, galeri dan pusat jualan jurnal hukum. Secara keseluruhan, banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan di zon ini. Alhamdulillah, selesai audit pada petang ini, semua teguran akan diperbaiki.
Share:

SELAMAT DATANG JURU AUDIT EKSA JKSM BIL. 2/2024

 


Share:

PENGUMUMAN BERKAITAN KEBENARAN MENGHANTAR BUNGKUSAN PERIBADI MENGGUNAKAN ALAMAT PEJABAT


Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM sukacita telah mengumumkan "Kebenaran Menghantar Bungkusan Peribadi Menggunakan Alamat Pejabat Dengan Syarat Tertentu" melalui emel pada 24 Jun 2024 jam 2.40 petang.

Diharap seluruh warga Zon EKSA mematuhi setiap syarat yang telah ditetapkan.

Share:

PERTANDINGAN AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA


Pengumuman berkaitan satu pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA  di Jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.


Antara kategori dalam pertandingan tersebut adalah:


1️⃣ Zon Terbaik

2️⃣ Zon Hijau Terbaik

3️⃣ Pantry Terbaik

4️⃣ Ruang Kerja Terbaik

5️⃣ Meja Pegawai Terbaik ( tidak termasuk dalam bilik pegawai)


Seluruh warga kerja Zon Abu Bakar Assiddiq akan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan aktiviti ini.

Share:

AUDIT EKSA DALAMAN JKSM KALI KE-2 TAHUN 2024


 Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM 2024 akan menjalankan Audit Dalam EKSA Siri 2/2024 pada 26 hingga 28 Jun 2024. Penilaian audit ini akan merangkumi semua zon di JKSM. Giliran Zon Abu Bakar Assiddiq adalah pada sesi petang 27 Jun 2024. Semua ahli zon Abu Bakar Assiddiq perlu membuat persiapan rapi dan memberikan kerjasama penuh bagi membantu  memastikan JKSM berjaya memperoleh Pensijilan EKSA bagi tahun 2024.

Share:

TAKLIMAT EKSA "JOM KITAR SEMULA"SEMPENA GOTONG-ROYONG PERDANA JKSM

 














21 Jun 2024: Satu sesi Taklimat Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM – “Jom Kitar Semula” bersempena Gotong-royong Perdana JKSM telah diadakan pada 21 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM. Majlis di mulai dengan kata aluan oleh Tuan Ketua Pendaftar JKSM Tuan Haji Nasisir bin Haji Abdul Aziz seterusnya taklimat diberi oleh Puan Ummi Kalthum Shuib Pengarah SWCorp Wilayah, semua warga JKSM telah memberi komitmen dengan menghadiri taklimat tersebut. 

Share:

Post Popular

Labels

Arkib Zon

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JKSM : 13-14 Mei 2024

AUDIT EKSA JKSM : 15-17 Mei 2024

AUDIT EKSA JPM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan