Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
MESYUARAT PERSEDIAAN AUDIT EKSA MAMPU ZON ABU BAKAR
3 FEBRUARI - Zon Abu Bakar telah mengadakan mesyuarat persediaan audit EKSA daripada MAMPU yang akan berlangsung pada 5-6 Februari 2020. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Maria Jilani selaku Ketua Zon menyentuh beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan bersama warga Zon Abu Bakar. Antaranya teguran audit silang dan perubahan beberapa ahli jawatankuasa zon. Secara keseluruhan, Ketua Zon berharap agar semua ahli dapat memberi kerjasama utuh dalam memastikan Zon Abu Bakar mematuhi segala peraturan dan kriteria EKSA yang telah ditetapkan sekaligus membantu Jabatan dalam memperolehi penilaian yang cemerlang kelak.
MESYUARAT EKSA ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ BIL. 2/2018
9 OGOS - Mesyuarat EKSA Zon Abu Bakar As-Siddiq Bil. 2/2018 telah berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat Aras 2. Antara agenda yang dibincangkan adalah persiapan bagi pertandingan workstation dan bilik pegawai terbaik serta audit dokumentasi oleh Jawatankuasa Audit pada 16 Ogos 2018. Selain itu, beberapa perancangan untuk menambahbaik blog dan Facebook Page Zon juga turut dibincangkan. Mesyuarat kali ini telah mencapai beberapa penyelarasan dan diharapkan segala yang dibincang dan dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
MESYUARAT EKSA ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ BIL.1/2018
11 APRIL - Mesyuarat EKSA Zon Abu Bakar As-Siddiq telah bersidang bagi membincangkan pelan pengurusan EKSA di zon yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Zon, Puan Maria Jilani. Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah pelantikan ahli jawatankuasa zon dan carta perbatuan. Mesyuarat bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir jam 3.30 petang.
.png)



















