Pengenalan EKSA JKSM



EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU).

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010. 

Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elemen tersebut adalah seperti berikut:-

·        Imej Korporat
        Meningkatkan imejkorporat.
   Menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap Jabatan sektorawam

·        Kreativiti dan Inovasi
       Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihakberkepentingan.
       Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) bagi menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif danselamat.

·        Amalan Hijau
 Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
 Pelaksanaan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber.

·        Persekitaran Kondusif
   Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
       Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) kemudahan sesuai harus disediakan).

·        Kepelbagaian Agensi
        Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.


No comments:

Post a Comment

Post Popular

Labels

Arkib Zon

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

AUDIT EKSA JKSM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan