SURAH AL-KAHFI


Surah al-Kahfi ini disunatkan untuk dibaca pada malam atau hari Jumaat. Hari Jumaat bermula apabila terbenamnya matahari pada hari Khamis dan berakhir apabila matahari terbenam pada hari Jumaat, termasuk malam Jumaat. Imam Asy-Syafi’i mengatakan dalam al-Umm bahawa surah al-Kahfi boleh dibaca pada malam Jumaat dan siang Jumaat.

Terdapat hadis berkaitan Abu Said al-Khudri mengatakan bahawa Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.(HR Darimi, An-Nasaie dan al-Hakim. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani mengatakan hadis ini sahih dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib)

Terdapat juga hadis lain yang menyebut berkaitan surah ini

Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul ‘atiq. (HR al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Baihaqi. Syeikh al-Jami’ mengatakan hadis ini sahih.)

Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan  membaca al-Quran setiap hari ataupun malam secara istiqamah sebagai rutin dalam kehidupan kita.

Share:

Post Popular

Labels

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

AUDIT EKSA JKSM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan