DOA AWAL PAGI


Adalah amat bermanfaat jika setiap pagi kita dimulakan dengan bacaan doa. 


اللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَ رِزْقًا طَيِّبًا وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima."


Share:

PENJAGAAN KEBERSIHAN KETIKA HAID





Kami mengesyorkan beberapa cara penjagaan kebersihan ketika haid

Adalah amat penting anda membasuh tangan sebelum dan selepas menukar pad.

Bagi mengelakkan kebocoran, aspek penjagaan kebersihan yang perlu dititikberatkan adalah untuk menukar pad selang beberapa jam sekali, bergantung kepada tahap aliran darah haid anda

Elakkan produk pewangi untuk membersihkan bahagian luar faraj. Anda hanya perlu menggunakan air suam sahaja untuk membasuh. Jika masih mahu menggunakan sabun, pilihlah produk yang tidak mengandungi bahan pewangi.

Jika ingin membuang tuala wanita, sebaiknya anda bungkuskan dengan bekas pembalut pad baharu atau tisu tandas sebelum dibuang. Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital. Ia dapat mengelakkan penyebaran bakteria bahaya serta mencegah bau yang kurang menyenangkan.

Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas atau tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
Share:

DOA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

 


رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


ROBBANAA AATINAA FID DUN-YAA HASANAH, WA FIL AAKHIROTI HASANAH, WA QINAA ‘ADZAABAN NAAR.

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksa neraka. (QS. Al-Baqarah: 201).

Share:

Post Popular

Labels

Sekilas Pandang

Saidina Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan junjungan mulia Rasulullah SAW. Beliau dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 570 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abdullah Ibni Abi Qahafah. Pada awalnya beliau digelar sebagai Abdull Kaabah yang memberi pengertian hamba kaabah.

Namun selepas pengislamannya, nama beliau bertukar kepada Abdullah. Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau juga lebih dikenali sebagai “Ummu Khoir” yang bererti Ibu yang baik. Berasal daripada keturunan Bangsawan Quraisy iaitu kaum Bani Tamim. Beliau diberi nama Abu Bakar adalah kerana beliau merupakan orang yang mula-mula beriman dengan dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW selain Bakar itu di dalam bahasa arab bermaksud “unta muda”. Ini kerana beliau amat gemar memelihara dan menternak unta.

Takwim EKSA

Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2024

AUDIT EKSA JKSM : 27-30 Mei 2024

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2022

AUDIT EKSA JKSM : 22 Oktober

GOTONG ROYONG V2 EKSA BPKR : 17-24 November

AUDIT EKSA JKSM : 07 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pencalonan Anugerah Ikon EKSA: 10 Jan

Pertandingan Blog EKSA 2019: 8 Feb

Audit Silang EKSA: 16-17 Julai

Pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien: 30 Oktober

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2018

Bengkel Tatacara Pembangunan FB Fanpage EKSA JKSM : 5 Feb

Majlis Pelancaran EKSA JKSM : 9 Mac

Bengkel Pemahaman Pelaksanaan EKSA JKSM : 14-15 Mac

Gotong-royong Perdana : 13 April

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA JKSM : 16-17 April

Kuiz EKSA JKSM Bil. 1 : 8 Jun

Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA JKSM : 24 Julai

Kuiz EKSA JKSM Bil. 2 : 27 Julai

Pertandingan Poster EKSA JKSM : 15 Ogos - 15 September

Pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik : 16 Ogos

Audit Dalam Bil. 1 : 4-7 September

Kuiz EKSA JKSM Bil. 3 : 27 September

Gotong-royong Perdana 2.0 : 28 September

Hari Jualan Kitar Semula : 1 Oktober

Audit Dalam Bil. 2 : 29-31 Oktober

Pertandingan Pantri dan Tandas : 15 November

Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik : 13 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2019

Pertandingan Blog EKSA JKSM : 8 Feb

Audit Silang EKSA JKSM : 16 Julai

Pertandingan Go Green EKSA JKSM : 30 Oktober

Gotong-royong Perdana EKSA JKSM : 29 November

Lawatan Penanda Aras JAKESS : 19 Disember

----------------------------------------------- Program dan Aktiviti EKSA JKSM 2020

AUDIT EKSA MAMPU : 10-11 Mac

Logo Zon

Logo Zon

SEULAS PINANG

Zon Abu Bakar merupakan salah satu zon EKSA yang terdapat di JKSM. Aras 1 dan 2 adalah kawasan yang merangkumi zon ini. Istimewanya Zon Abu Bakar adalah kerana ia merupakan satu zon yang mempunyai kawasan gunasama yang terbanyak iaitu surau, galeri, lobi dan bilik jualan jurnal hukum.

Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan