Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts
PELAN LANTAI BILIK DAN RUANG KERJA KAKITANGAN ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Pelan Lantai: Bilik Pegawai Gred 52
Pelan Lantai: Bilik Pegawai Gred 52
PELAN LANTAI ARAS 1 DAN 2 ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Pelan Lantai Aras 2: Pintu Belakang
SEKILAS LAWATAN AUDIT PERSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) ZON ABU BAKAR JKSM
10 Mac 2020: YAA Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah merasmikan Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya.
JKSM merupakan salah satu agensi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah dipilih untuk penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) secara do-it-yourself (DIY) iaitu penilaian secara kendiri melalui satu keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Do-It-Yourself (DIY).
Terlebih dahulu, YAA Dato' Dr. mengalu-alukan kehadiran tiga orang auditor dari Bahagian Dasar Strategik, Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Encik Mohd Syamil bin Hamichan kerana sudi menjalankan sesi audit bermula 10 hingga 11 Mac 2020 di JKSM.
Seluruh warga JKSM komited dalam melaksanakan EKSA secara berterusan melalui budaya kerja berpasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti demi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan yang berintegriti dan efisien.
YAA Dato' Dr. turut mengharapkan agar pelaksanaan EKSA ini dapat mendidik warga JKSM dalam membudayakan amalan positif dan dilaksanakan secara menyeluruh di semua ruang kerja pejabat bangunan Blok C, Kompleks Islam Putrajaya ini.
Untuk makluman, antara objektif utama EKSA di JKSM adalah bagi meningkatkan imej korporat Jabatan, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi dan menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Hijau (Go Green).
TAHNIAH!
Alhamdulillah, tidak terhingga kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa, atas ihsan dan izin-NYA, Zon Abu Bakar berjaya menggondol tiga (3) Anugerah iaitu Bilik Mesyuarat Terbaik, Ruang Menunggu Terbaik dan Ruang Gunasama Keseluruhan Terbaik.
Semestinya dengan pengiktirafan ini menjadi sumber semangat dan iltizam buat warga zon untuk terus berusaha menjadikan persekitaran pejabat lebih kondusif bagi menghasilkan produktiviti yang efektif.
Turut meninggalkan kenangan manis apabila salah seorang warga zon telah dipilih sebagai Ikon EKSA JKSM iaitu Encik Ridhwan bin Zainudin. Zon Abu Bakar, terus maju!
SEKALUNG TAHNIAH!
14 DISEMBER - Alhamdulillah, syukur atas limpah rahmat-NYA, Zon Abu Bakar telah berjaya merangkul beberapa anugerah dan pengiktirafan. Ternyata, hasil usaha dan kerjasama semua ahli zon membuahkan hasil. Anugerah dan pengiktirafan ini adalah tiupan semangat bagi semua ahli zon agar terus komited dalam memastikan persekitaran dan ruang kerja sentiasa kemas dan kondusif.
Antara anugerah dan pengktirafan yang diterima:
PEMENANG PANTRI PALING KEMAS
Tempat Pertama: Zon Abu Bakar As-Siddiq
PEMENANG POSTER TERCANTIK
Tempat Kelima: Puan Maria Binti Jilani –
Zon Abu Bakar As-Siddiq
PEMENANG POSTER LIKE TERTINGGI
Puan Maria Binti Jilani – Zon Abu Bakar As-Siddiq
PENYERTAAN POSTER TERBANYAK
Tempat Pertama: Zon Abu Bakar As-Siddiq
PERTANDINGAN MEREKACIPTA POSTER INFOGRAFIK EKSA JKSM
8 OGOS - Jawatankuasa ICT JKSM akan menganjurkan pertandingan mencipta poster infografik EKSA JKSM. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga JKSM dan kandungan poster perlulah berdasarkan buku Garis Panduan EKSA JKSM.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi hebahan berkaitan EKSA kepada warga JKSM agar sentiasa bersedia untuk melaksanakan EKSA selain menilai kreativiti warga JKSM dalam merekacipta poster. Semestinya ahli-ahli Zon Abu Bakar juga tidak akan ketinggalan menyertai pertandingan ini. Sama-sama kita nantikan hasilnya!
PERTANDINGAN WORKSTATION DAN BILIK PEGAWAI TERBAIK
Jawatankuasa Promosi akan menganjurkan pertandingan work station dan bilik pegawai terbaik sebagai salah satu aktiviti EKSA yang telah dirancang. Semoga persiapan yang telah disediakan oleh ahli-ahli Zon Abu Bakar berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar.
.png)









































