11 Ogos 2025, Isnin – Suasana di Zon Abu Bakar As-Siddiq, BPKR bertukar meriah apabila warga kerjanya bergotong-royong memasang Jalur Gemilang di setiap sudut pejabat pada Khamis lalu, 7 Ogos 2025. Aktiviti ini diadakan bagi menyambut pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2025 oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang berlangsung pada Jumaat, 8 Ogos 2025.
Ruang pejabat dihiasi dengan bendera Malaysia pelbagai saiz dari meja kerja hingga ke dinding dan siling menjadikan suasana lebih ceria serta penuh semangat patriotik. Bukan sekadar memasang bendera, aktiviti ini turut mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja sambil membangkitkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Dengan kemeriahan ini, warga BPKR kini bersedia menyambut Hari Kebangsaan dengan hati yang penuh cinta terhadap negara.
No comments:
Post a Comment