3 Ogos 2026 | Seiring dengan inisiatif pemantapan pengurusan sumber manusia dan kebajikan warga kerja, Warga kerja Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menghadiri satu sesi taklimat khas pada hari ini, 3 Ogos 2026.
Taklimat yang bermula pada jam 12.30 tengah hari ini telah disampaikan oleh Pengarah BPKR, Tuan Ahmad Irwan bin Ismail. Fokus utama taklimat tersebut adalah berkaitan dengan Hebahan Arahan Operasi Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Sesi pencerahan ini diadakan bagi memastikan seluruh warga bahagian mendapat kefahaman yang jelas serta terperinci mengenai garis panduan, syarat, dan tatacara pelaksanaan HBH. Penerangan ini penting bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan operasi jabatan kekal di tahap yang optimum walaupun dengan kaedah bekerja yang baharu ini.
Taklimat ini telah dihadiri oleh para pegawai dan warga bahagian dengan penuh perhatian. Ia secara tidak langsung menunjukkan komitmen warga BPKR dalam mematuhi arahan operasi semasa dan terus menyokong aspirasi perkhidmatan cemerlang JKSM.






No comments:
Post a Comment