Home »
» MAJLIS BACAAN YASIN ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ
MAJLIS BACAAN YASIN ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ
13 Disember 2024, Majlis Bacaan Yasin telah diadakan pagi ini pada jam 9.00 pagi di Zon Abu Bakar As-Siddiq. Majlis ini dengan penuh penghargaan mengalu-alukan kehadiran Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia YAA Dato' Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain bersama-sama dengan warga Bahagian BPKR.
Acara dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Pengarah Bahagian BPKR, diikuti dengan doa selamat oleh Tuan Zaidi, KPP Sulh.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua yang hadir. Terima kasih kepada semua yang menghadiri dan menjayakan majlis ini. Semoga kita terus diberkati dan dirahmati.
No comments:
Post a Comment