KERJA-KERJA PEMBERSIHAN GALERI KEHAKIMAN SYARIAH
5 MAC - Zon Abu Bakar dengan kerjasama pekerja pembersihan bangunan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara berkala di Galeri Kehakiman Syariah Aras 1. Kerja-kerja pembersihan ini sentiasa dilaksanakan bagi memastikan keadaan persekitaran dan ruang galeri sentiasa kemas dan bersih sesuai dengan salah satu objektif EKSA JKSM iaitu mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Kerja pembersihan ini penting kerana galeri ini menjadi tumpuan pelawat dan pengunjung yang rata-rata terdiri dari pelajar sekolah dan universiti serta penyelidik yang ingin membuat kajian mengenai perundangan syariah di Malaysia.





PENGEMASKINIAN FAIL TIDAK AKTIF DI BILIK ABU BAKAR II
4 MAC - Seksyen Rekod dengan kerjasama ahli Zon Abu Bakar telah melaksanakan aktiviti pengemaskinian fail-fail tidak aktif termasuk fail terperingkat bagi memastikan capaian dan akses kepada fail-fail tersebut lebih mudah dan pantas. Selain daripada itu, aktiviti ini juga membantu persekitaran bilik Abu Bakar II lebih kemas dan teratur.
SEBELUM
SELEPAS
Fail disimpan di dalam kotak dan dilabel serta disenaraikan bagi tujuan kemudah-capaian
MESYUARAT PERSEDIAAN AUDIT EKSA MAMPU ZON ABU BAKAR
3 FEBRUARI - Zon Abu Bakar telah mengadakan mesyuarat persediaan audit EKSA daripada MAMPU yang akan berlangsung pada 5-6 Februari 2020. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Maria Jilani selaku Ketua Zon menyentuh beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan bersama warga Zon Abu Bakar. Antaranya teguran audit silang dan perubahan beberapa ahli jawatankuasa zon. Secara keseluruhan, Ketua Zon berharap agar semua ahli dapat memberi kerjasama utuh dalam memastikan Zon Abu Bakar mematuhi segala peraturan dan kriteria EKSA yang telah ditetapkan sekaligus membantu Jabatan dalam memperolehi penilaian yang cemerlang kelak.
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE JAKESS
19 DISEMBER - Jawatankuasa Promosi EKSA dengan kerjasama wakil zon EKSA JKSM telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS). Seperti sedia maklum, JAKESS telah berjaya memperolehi pensijilan EKSA sejak tahun 2017 dan diberi penilaian cemerlang. Oleh yang demikian, Jawatankuasa EKSA JKSM telah mengambil pendekatan untuk menjadikan JAKESS sebagai salah satu agensi penanda aras EKSA di samping menjadi rujukan amalan baik yang dilaksanakan di sini. Lawatan ini telah dipandu oleh Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Noor Huda Roslan bersama barisan Jawatankausa EKSA JAKESS yang lain.
.png)





.jpg)


















