LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE JAKESS
19 DISEMBER - Jawatankuasa Promosi EKSA dengan kerjasama wakil zon EKSA JKSM telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS). Seperti sedia maklum, JAKESS telah berjaya memperolehi pensijilan EKSA sejak tahun 2017 dan diberi penilaian cemerlang. Oleh yang demikian, Jawatankuasa EKSA JKSM telah mengambil pendekatan untuk menjadikan JAKESS sebagai salah satu agensi penanda aras EKSA di samping menjadi rujukan amalan baik yang dilaksanakan di sini. Lawatan ini telah dipandu oleh Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Noor Huda Roslan bersama barisan Jawatankausa EKSA JAKESS yang lain.
GOTONG-ROYONG EKSA ZON ABU BAKAR
SEKILAS PERTANDINGAN AMALAN GO GREEN PALING EFISIEN
PERTANDINGAN GO GREEN PALING EFISIEN
25 OKTOBER - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM telah menganjurkan pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien di setiap Zon EKSA JKSM. Antara kriteria yang dinilai adalah seperti berikut:
- Pembudayaan dan pelaksanaan kreativiti & inovasi barangan kitar semula
- Menghasilkan Inovasi baru yang low cost-high impact kepada wargakerja
- Pelaksanaan inisiatif pengurangan penggunaan tenaga/air
- Penyediaan tong kitar semula yg efisien, kreatif, menarik dan kebolehgunaan
- Penjualan bahan kitar semula dan usaha peningkatan jualan
- Penguatkuasaan arahan zon bebas rokok
- Semangat berpasukan yang tinggi
Salah satu inisiatif yang diambil oleh Zon Abu Bakar bagi menyokong pelaksanaan Go Green di Jabatan adalah seperti berikut:
![]() |
| Label peringatan sebelum meninggalkan pejabat |
![]() |
| Kad Mesra Go Green |
![]() |
| Peringatan melalui Desktop Wallpaper |
.png)



























