PERTANDINGAN MENGHIAS PEJABAT BERTEMAKAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JKSM
26 September 2023 - Alhamdulillah telah selesai sesi lawatan dan pemarkahan PERTANDINGAN MENGHIAS PEJABAT BERTEMAKAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JKSM di Bahagian BPKR Zon Abu Bakar Assiddiq pada hari ini. Panel-panel penilai terdiri dari dua orang Hakim rayuan Syariah iaitu YA Dato' Mohamad Shakir bin Hj. Abdul Hamid dan YA Hajjah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi serta Ketua Pendaftar JKSM Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz.
AKTIVITI GO GREEN: PENJUALAM KOTAK/KADBOD DAN BOTOL MINERAL
15 September 2023 - Alhamdulillah hasil pengumpulan kotak/kadbod dan botol mineral yang diguna pakai di Zon Abu Bakar Assiddiq sejak dari 25 Julai Hingga sekarang. Sebanyak 1.5kg kotak/kadbod dan 4.5kg botol mineral telah dijual. Segala hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung Eksa Zon Abu Bakar Assiddiq.
AKTIVITI GO GREEN: PENGUMPULAN KERTAS, KOTAK KADBOD DAN SURAT KHABAR UNTUK PENJUALAN DI PUSAT KITAR SEMULA PUTRAJAYA
25 Julai 2023 – Aktiviti pengumpulan ini telah dimulakan sejak dari 23 jun 2023 untuk mengumpulkan kertas, kotak kadbod dan surat khabar yang tidak digunakan lagi untuk penjualan dan hasilnya dimasukkan dalam tabung EKSA ZON ABU BAKAR ASSIDDIQ. Sebanyak 80 kilo dapat dikumpulkan untuk dijual melibatkan hasil sebanyak RM31.30.
GOTONG-ROYONG EKSA JUN - SEPT 2023
Dengan gembiranya diberitahu bahawa EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan menjalankan pensijilan semula pada bulan September 2023. Sebagai persediaan yang cemerlang, setiap warga JKSM digalakkan untuk memperkemas, mengekalkan, dan meningkatkan kekemasan, kebersihan, serta keseragaman tempat kerja dan ruang yang berkaitan, supaya sentiasa memenuhi garis panduan EKSA yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti EKSA yang menarik seperti gotong-royong dan pertandingan bakal dianjurkan sepanjang jun hingga September 2023.
Urusetia EKSA telah mengalu-alukan dan menggalakkan warga JKSM untuk mengadakan aktiviti gotong royong pada setiap hari Jumaat di bahagian masing-masing bermula 23 Jun 2023 hingga 1 September 2023
.png)





























