GO GREEN: JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA
25 JULAI - Zon Abu Bakar dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi jualan barangan kita semula bagi memastikan objektif Go Green di zon ini tercapai. Hasil jualan barangan ini akan dimasukkan ke dalam tabung EKSA zon untuk sebarang perbelanjaan pada masa akan datang.
PENAMBAHBAIKAN EKSA DI ZON ABU BAKAR
19 JULAI - Teguran dan pandangan Juruaudit semasa Audit Silang yang lalu diambil perhatian berat oleh Zon Abu Bakar. Berikut antara teguran yang diperoleh untuk ditambahbaik:-
Sehubungan itu, berdasarkan penemuan dan teguran tersebut, Zon Abu Bakar telah mengambil inisiatif untuk memastikan tindakan susulan diambil dengan kadar segera.
AUDIT SILANG EKSA
16 JULAI - Zon Abu Bakar telah menerima kehadiran sembilan (9) orang juruaudit daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bersempena audit silang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA JKSM. Zon Abu Bakar berbesar hati dipilih sebagai zon pertama untuk diaudit dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Terdapat beberapa teguran dan penambahbaikan yang diberikan yang pastinya dapat membantu zon ini untuk kekal lestari dalam melaksanakan EKSA di peringkat zon.
GOTONG-ROYONG PERDANA ZON ABU BAKAR
TAHNIAH!
Alhamdulillah, tidak terhingga kesyukuran dipanjatkan pada Yang Maha Esa, atas ihsan dan izin-NYA, Zon Abu Bakar berjaya menggondol tiga (3) Anugerah iaitu Bilik Mesyuarat Terbaik, Ruang Menunggu Terbaik dan Ruang Gunasama Keseluruhan Terbaik.
Semestinya dengan pengiktirafan ini menjadi sumber semangat dan iltizam buat warga zon untuk terus berusaha menjadikan persekitaran pejabat lebih kondusif bagi menghasilkan produktiviti yang efektif.
Turut meninggalkan kenangan manis apabila salah seorang warga zon telah dipilih sebagai Ikon EKSA JKSM iaitu Encik Ridhwan bin Zainudin. Zon Abu Bakar, terus maju!
.png)





























