SELAMAT TAHUN BAHARU 2019!
Zon Abu Bakar As-siidiq mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua warga JKSM khususnya. Semoga tahun baru ini segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar dan jayanya serta JKSM akan terus cemerlang dan gemilang.
SEKALUNG TAHNIAH!
14 DISEMBER - Alhamdulillah, syukur atas limpah rahmat-NYA, Zon Abu Bakar telah berjaya merangkul beberapa anugerah dan pengiktirafan. Ternyata, hasil usaha dan kerjasama semua ahli zon membuahkan hasil. Anugerah dan pengiktirafan ini adalah tiupan semangat bagi semua ahli zon agar terus komited dalam memastikan persekitaran dan ruang kerja sentiasa kemas dan kondusif.
Antara anugerah dan pengktirafan yang diterima:
PEMENANG PANTRI PALING KEMAS
Tempat Pertama: Zon Abu Bakar As-Siddiq
PEMENANG POSTER TERCANTIK
Tempat Kelima: Puan Maria Binti Jilani –
Zon Abu Bakar As-Siddiq
PEMENANG POSTER LIKE TERTINGGI
Puan Maria Binti Jilani – Zon Abu Bakar As-Siddiq
PENYERTAAN POSTER TERBANYAK
Tempat Pertama: Zon Abu Bakar As-Siddiq
SEKILAS PERTANDINGAN KAWASAN GUNASAMA TERBAIK
13 DISEMBER - Zon Abu Bakar berbesar hati menerima kehadiran dua orang juruaudit iaitu Tuan Nik Bukhori Hashimy Bin Nik Yahyadari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor bagi mengadili pertandingan kawasan gunasama terbaik.
Zon Abu Bakar telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan kawasan gunasama iaitu bilik mesyuarat dan ruang menunggu sentiasa kemas dan menarik. Pelbagai inisiatif telah dilaksana dengan hasil kreativiti ahli-ahli zon.
.png)
























