SEKILAS PERTANDINGAN KAWASAN GUNASAMA TERBAIK
13 DISEMBER - Zon Abu Bakar berbesar hati menerima kehadiran dua orang juruaudit iaitu Tuan Nik Bukhori Hashimy Bin Nik Yahyadari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor bagi mengadili pertandingan kawasan gunasama terbaik.
Zon Abu Bakar telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan kawasan gunasama iaitu bilik mesyuarat dan ruang menunggu sentiasa kemas dan menarik. Pelbagai inisiatif telah dilaksana dengan hasil kreativiti ahli-ahli zon.
SEKILAS PANDANG SESI PENILAIAN PERTANDINGAN PANTRI DAN TANDAS

15 NOVEMBER - Pada hari ini pertandingan Pantri paling kemas dan menarik dan tandas paling bersih telah diadakan. Juri jemputan terdiri daripada dua orang pegawai dari JAPENS dan JAKESS.
Zon Abu Bakar yakin telah melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini dan berharap hasilnya nanti dapat memberi kegembiraan kepada semua ahli atas penat-lelah yang telah dilaksanakan.





GOTONG-ROYONG BIL. 5/2018
9 NOVEMBER - Seperti kebiasaan, Jumaat petang akan diadakan gotong-royong di Zon Abu Bakar dan kali ini pantri dan tandas menjadi tumpuan sempena pertandingan yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Ternyata perubahan yang ketara dapat dilihat sebelum dan selepas gotong-royong dilaksanakan.
SEKITAR AUDIT DALAM BIL. 2/2018

30 OKTOBER - Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menerima kunjungan juruaudit dalam bagi sesi auditan kali ke-2. Auditan dilaksanakan pada jam 3.00 petang dan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Zon, Puan Maria Jilani.
Juruaudit dibawa melawat ke bilik pegawai, ruang kubikel, bilik rekod dan ruang gunasama seperti surau, tandas, galeri dan pusat jualan jurnal hukum. Secara keseluruhan, banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan di zon ini.
.png)































