
SEKITAR AUDIT DALAM BIL. 2/2018

30 OKTOBER - Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menerima kunjungan juruaudit dalam bagi sesi auditan kali ke-2. Auditan dilaksanakan pada jam 3.00 petang dan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Zon, Puan Maria Jilani.
Juruaudit dibawa melawat ke bilik pegawai, ruang kubikel, bilik rekod dan ruang gunasama seperti surau, tandas, galeri dan pusat jualan jurnal hukum. Secara keseluruhan, banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan di zon ini.
HARI JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA
1 OKTOBER- Jawatankuasa Induk EKSA telah menganjurkan Hari Jualan Barangan Kitar Semula dengan kerjasama dari pihak Alam Flora Putrajaya. Program ini bertujuan untuk menjual barangan kitar semula yang dikumpul di Sudut Go Green setiap zon selain memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Zon Abu Bakar juga tidak ketinggalan turut-serta dalam program yang dianjurkan sementelah Zon Abu Bakar menyokong penuh kempen Go Green semepena pelaksanaan EKSA di JKSM. Adalah diharapkan agar program begini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
![]() |
| Sebahagian barangan kitar semula yang dikumpul di Zon Abu Bakar |
![]() |
| Warga Zon Abu Bakar bersama-sama barangan kitar semula untuk dijual |
![]() |
| Antara barangan yang telah dijual |
SYABAS DAN TAHNIAH
28 SEPTEMBER - Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga Zon Abu Bakar As-Siddiq atas pencapaian yang sangat membanggakan. Untuk pertandingan Workstation dan Bilik Pegawai Terbaik, dua wakil dari Zon Abu Bakar telah berjaya melakar tempat iaitu bagi Puan Hariani Mohamad - Juara bagi kategori Workstation Terbaik dan Puan Maria Jilani - Tempat ke-3 bagi kategori Bilik Pegawai Terbaik. Tambahan pula Zon Abu Bakar juga berjaya menggondol anugerah Zon Terbaik Keseluruhan untuk pertandingan tersebut.
Di samping itu turut disampaikan hadiah pertandingan Kuiz EKSA Siri 3 di mana peserta dari Zon Abu Bakar iaitu Encik Ridhwan Zainudin telah berjaya menjawab dua daripada lima soalan dengan tepat.
Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah! Adalah diharapkan momentum baik ini dapat dikekalkan dan diteruskan. Zon Abu Bakar As-Siddiq - Muafakat :: Sejahtera
![]() |
| Ketua Zon menerima sijil penghargaan untuk Zon Terbaik Keseluruhan |
![]() |
| Puan Maria Jilani bersama trofi kemenangan tempat ke-3 untuk Bilik Pegawai Terbaik |
![]() |
| Puan Hariani Mohamad bersama trofi kemenangan untuk Workstation Terbaik |
![]() |
| Encik Ridhwan Zainudin bersama hadiah kuiz EKSA siri 3 |
GOTONG-ROYONG DI GALERI KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
13 SEPTEMBER - Berdasarkan penemuan audit dalaman EKSA Bil. 1/2018 yang lalu, Zon Abu Bakar mengambil inisiatif untuk bersama-sama menganjurkan aktiviti gotong-royong di Galeri Kehakiman Syariah Malaysia. Hasil gotong-royong ini, kesemua ruang galeri digunakan secara optimum dan pelbagai maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


.png)




























