PERTANDINGAN WORKSTATION DAN BILIK PEGAWAI TERBAIK
Jawatankuasa Promosi akan menganjurkan pertandingan work station dan bilik pegawai terbaik sebagai salah satu aktiviti EKSA yang telah dirancang. Semoga persiapan yang telah disediakan oleh ahli-ahli Zon Abu Bakar berada dalam keadaan baik dan berjalan lancar.
BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG SUDUT EKSA JKSM
![]() |
| Ahli Zon Abu Bakar yang menyertai bengkel |
24 JULAI - Jawatankuasa ICT EKSA JKSM telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Laman Blog Sudut EKSA JKSM yang bertempat di Makmal Komputer Aras 4, JKSM. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta tentang langkah membina blog bagi tujuan pewujudan Sudut EKSA secara maya.
Penceramah terdiri daripada Ketua Jawatankuasa ICT sendiri iaitu Tuan Abu Bakar Mohd Daud dan juga Tuan Ibnu Thalib Syukurillah, Timbalan Ketua Jawatankuasa ICT. Ahli-ahli Zon Abu Bakar juga tidak terkecuali mengambil bahagian di dalam bengkel tersebut. Banyak perkongsian dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang bengkel berlangsung dan diharapkan dengan ilmu yang diperoleh, dapat membantu menambahbaik sudut maya EKSA kelak.
![]() |
| Penceramah - Tuan Abu Bakar |
GOTONG-ROYONG EKSA BIL. 4/2018
GOTONG-ROYONG EKSA BIL. 3/2018
6 JULAI - Gotong-royong kali ke-3 ini melibatkan ruang tandas dan pantri. Ahli-ahli zon membahagikan tugas yang meliputi aktiviti sisih, simpan, sapu dan susun.
Ruang Pantri
SEBELUM
![]() |
| Tiada label pada pintu kabinet |
SELEPAS
![]() |
| Pintu kabinet dilabel bagi memudahkan carian |
SEBELUM
![]() |
| Lantai licin ketika mencuci pinggan mangkuk |
SELEPAS
![]() |
| Lantai dipasang karpet yang menyerap air |
Ruang Tandas
SEBELUM
Tiada label
SELEPAS
Label diletakkan sebagai peringatan bersama
SEBELUM
Pokok keladi diletakkan sebagai penyeri
.png)
































