13 Februari 2026 | Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Warga kerja Zon Abu Bakar As-Sidq telah mengadakan Majlis Marhaban Ya Ramadhan pada hari ini, 13 Februari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat BPKR.
Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi ini dihadiri oleh para pegawai dan warga bahagian dengan penuh rasa kesyukuran dan ukhuwah. Program dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil arwah yang dipimpin oleh Ustaz Anas bin Jamaluddin. Sesi tahlil tersebut turut menyertakan nama-nama arwah yang telah disumbangkan oleh warga BPKR melalui pautan khas sebagai tanda ingatan dan sedekah doa buat mereka yang telah tiada.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan serta kesejahteraan buat seluruh warga bahagian agar dipermudahkan urusan untuk menyambut dan menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia nanti.
Majlis juga dihadiri oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Pengarah Kanan Kehakiman JKSM.
Suasana majlis diserikan lagi dengan jamuan ringan secara potluck hasil sumbangan ikhlas daripada warga BPKR sendiri. Kepelbagaian hidangan yang dibawa mencerminkan semangat kerjasama dan keakraban yang tinggi dalam kalangan warga kerja, selaras dengan matlamat majlis untuk menyemarakkan jiwa dan menghidupkan suasana Ramadan.
.png)










