Surah al-Kahfi ini disunatkan untuk dibaca pada malam atau hari Jumaat. Hari Jumaat bermula apabila terbenamnya matahari pada hari Khamis dan berakhir apabila matahari terbenam pada hari Jumaat, termasuk malam Jumaat. Imam Asy-Syafi’i mengatakan dalam al-Umm bahawa surah al-Kahfi boleh dibaca pada malam Jumaat dan siang Jumaat.
Terdapat hadis berkaitan Abu Said al-Khudri mengatakan bahawa Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Darimi, An-Nasaie dan al-Hakim. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani mengatakan hadis ini sahih dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib)
Terdapat juga hadis lain yang menyebut berkaitan surah ini
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul ‘atiq.” (HR al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Baihaqi. Syeikh al-Jami’ mengatakan hadis ini sahih.)
Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan membaca al-Quran setiap hari ataupun malam secara istiqamah sebagai rutin dalam kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment