LAWATAN AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/2018
6 SEPTEMBER - Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menerima kunjungan dari para auditor bersempena Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2018. Seramai tujuh (7) orang auditor terlibat di dalam lawatan kali pertama ini. Zon Abu Bakar As-Siddiq adalah zon gabungan Aras 1 dan 2 yang melibatkan tiga (3) Bahagian iaitu Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (Galeri), Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia (Kaunter Utama) dan Bahagian Pusat Sumber dan Penerbitan (Pusat Jualan Jurnal Hukum).