MESYUARAT EKSA ZON ABU BAKAR AS-SIDDIQ BIL. 2/2018
9 OGOS - Mesyuarat EKSA Zon Abu Bakar As-Siddiq Bil. 2/2018 telah berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat Aras 2. Antara agenda yang dibincangkan adalah persiapan bagi pertandingan workstation dan bilik pegawai terbaik serta audit dokumentasi oleh Jawatankuasa Audit pada 16 Ogos 2018. Selain itu, beberapa perancangan untuk menambahbaik blog dan Facebook Page Zon juga turut dibincangkan. Mesyuarat kali ini telah mencapai beberapa penyelarasan dan diharapkan segala yang dibincang dan dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
PERTANDINGAN MEREKACIPTA POSTER INFOGRAFIK EKSA JKSM
8 OGOS - Jawatankuasa ICT JKSM akan menganjurkan pertandingan mencipta poster infografik EKSA JKSM. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga JKSM dan kandungan poster perlulah berdasarkan buku Garis Panduan EKSA JKSM.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi hebahan berkaitan EKSA kepada warga JKSM agar sentiasa bersedia untuk melaksanakan EKSA selain menilai kreativiti warga JKSM dalam merekacipta poster. Semestinya ahli-ahli Zon Abu Bakar juga tidak akan ketinggalan menyertai pertandingan ini. Sama-sama kita nantikan hasilnya!