Pengajaran
Setiap orang yang beriman akan digelar seorang yang cerdik atau benar-benar berakal apabila sentiasa bermuhasabah dan menghitung dirinya. Atau dengan erti kata lain, orang yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya selepas kematian, lalu dia beramal dengan sesuatu yang boleh memberi faedah kepadanya selepas kematiannya dengan menggunakan kesempatan yang ada dengan melakukan amalan yang bermanfaat tanpa mensia-siakannya.
Ingatlah pesanan Saidina ‘Umar bin al-Khattab RA : “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan dan persiapkanlah diri kamu untuk hari perhitungan yang besar di hadapan Allah SWT Yang Maha Agung kerana perhitungan seseorang kamu akan menjadi ringan di akhirat nanti bagi seseorang yang sentiasa menghisab dirinya ketika di dunia.
Manakala seseorang itu dianggap seorang yang lemah keimanannya apabila sentiasa mengikuti hawa nafsu dan hanya mementingkan kehidupan dunia semata-mata serta melakukan dosa-dosa tanpa menghiraukan hari pembalasannya kelak.
Mereka berangan-angan kepada Allah SWT dengan andaian Allah SWT akan memasukkannya ke syurga dan akan mengampuni dosa-dosanya yang suka menangguh-nangguhkan istighfar dan taubat kepada Allah SWT.
Sumber rujukan :
1. Kitab Jami’e at-Tirmizi
2. Kitab Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’e at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
Sumber diambil dari : http://myhadith.islam.gov.my/viewhadiths.php?id=555&type=mh