27 Jun 2024 - Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menerima kunjungan juruaudit dalam JKSM. Auditan dilaksanakan lebih kurang pada jam 3.40 petang dan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Zon, Puan Siti Aishah binti Kamaruddin
AUDIT EKSA JKSM KALI KE-2 27 JUN 2024
Juruaudit dibawa melawat ke bilik pegawai, ruang pejabat, ruang menunggu, bilik rekod dan ruang gunasama seperti surau, tandas, galeri dan pusat jualan jurnal hukum. Secara keseluruhan, banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan di zon ini. Alhamdulillah, selesai audit pada petang ini, semua teguran akan diperbaiki.
PENGUMUMAN BERKAITAN KEBENARAN MENGHANTAR BUNGKUSAN PERIBADI MENGGUNAKAN ALAMAT PEJABAT
Diharap seluruh warga Zon EKSA mematuhi setiap syarat yang telah ditetapkan.
PERTANDINGAN AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Pengumuman berkaitan satu pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA di Jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.
Antara kategori dalam pertandingan tersebut adalah:
1️⃣ Zon Terbaik
2️⃣ Zon Hijau Terbaik
3️⃣ Pantry Terbaik
4️⃣ Ruang Kerja Terbaik
5️⃣ Meja Pegawai Terbaik ( tidak termasuk dalam bilik pegawai)
Seluruh warga kerja Zon Abu Bakar Assiddiq akan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan aktiviti ini.
AUDIT EKSA DALAMAN JKSM KALI KE-2 TAHUN 2024
Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM 2024 akan menjalankan Audit Dalam EKSA Siri 2/2024 pada 26 hingga 28 Jun 2024. Penilaian audit ini akan merangkumi semua zon di JKSM. Giliran Zon Abu Bakar Assiddiq adalah pada sesi petang 27 Jun 2024. Semua ahli zon Abu Bakar Assiddiq perlu membuat persiapan rapi dan memberikan kerjasama penuh bagi membantu memastikan JKSM berjaya memperoleh Pensijilan EKSA bagi tahun 2024.
TAKLIMAT EKSA "JOM KITAR SEMULA"SEMPENA GOTONG-ROYONG PERDANA JKSM
21 Jun 2024: Satu sesi Taklimat Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM – “Jom Kitar Semula” bersempena Gotong-royong Perdana JKSM telah diadakan pada 21 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM. Majlis di mulai dengan kata aluan oleh Tuan Ketua Pendaftar JKSM Tuan Haji Nasisir bin Haji Abdul Aziz seterusnya taklimat diberi oleh Puan Ummi Kalthum Shuib Pengarah SWCorp Wilayah, semua warga JKSM telah memberi komitmen dengan menghadiri taklimat tersebut.