AUDIT SILANG EKSA
16 JULAI - Zon Abu Bakar telah menerima kehadiran sembilan (9) orang juruaudit daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bersempena audit silang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk EKSA JKSM. Zon Abu Bakar berbesar hati dipilih sebagai zon pertama untuk diaudit dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Terdapat beberapa teguran dan penambahbaikan yang diberikan yang pastinya dapat membantu zon ini untuk kekal lestari dalam melaksanakan EKSA di peringkat zon.