Home »
» PENJAGAAN KEBERSIHAN KETIKA HAID
PENJAGAAN KEBERSIHAN KETIKA HAID
Adalah amat penting anda membasuh tangan sebelum dan selepas menukar pad.
Bagi mengelakkan kebocoran, aspek penjagaan kebersihan yang perlu dititikberatkan adalah untuk menukar pad selang beberapa jam sekali, bergantung kepada tahap aliran darah haid anda
Elakkan produk pewangi untuk membersihkan bahagian luar faraj. Anda hanya perlu menggunakan air suam sahaja untuk membasuh. Jika masih mahu menggunakan sabun, pilihlah produk yang tidak mengandungi bahan pewangi.
Jika ingin membuang tuala wanita, sebaiknya anda bungkuskan dengan bekas pembalut pad baharu atau tisu tandas sebelum dibuang. Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital. Ia dapat mengelakkan penyebaran bakteria bahaya serta mencegah bau yang kurang menyenangkan.
Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas atau tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa.
No comments:
Post a Comment