07 Disember - Zon Abu Bakar As-Siddiq telah menerima kunjungan juruaudit dalam JKSM bagi sesi auditan kali ke-2. Auditan dilaksanakan lebih kurang pada jam 3.00 petang dan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Ketua Zon, Puan Siti Aishah binti Kamaruddin
KUNJUNGAN JURUAUDIT EKSA JKSM
Juruaudit dibawa melawat ke bilik pegawai, ruang pejabat, ruang menunggu, bilik rekod dan ruang gunasama seperti surau, tandas, galeri dan pusat jualan jurnal hukum. Secara keseluruhan, banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan di zon ini. Alhamdulillah, selesai audit kedua, semua teguran akan diperbaiki.
MANFAAT MENJAGA KEBERSIHAN
Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kebersihan adalah sebagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim).
.png)


















