SEKILAS PERTANDINGAN AMALAN GO GREEN PALING EFISIEN
PERTANDINGAN GO GREEN PALING EFISIEN
25 OKTOBER - Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM telah menganjurkan pertandingan Amalan Go Green Paling Efisien di setiap Zon EKSA JKSM. Antara kriteria yang dinilai adalah seperti berikut:
- Pembudayaan dan pelaksanaan kreativiti & inovasi barangan kitar semula
- Menghasilkan Inovasi baru yang low cost-high impact kepada wargakerja
- Pelaksanaan inisiatif pengurangan penggunaan tenaga/air
- Penyediaan tong kitar semula yg efisien, kreatif, menarik dan kebolehgunaan
- Penjualan bahan kitar semula dan usaha peningkatan jualan
- Penguatkuasaan arahan zon bebas rokok
- Semangat berpasukan yang tinggi
Salah satu inisiatif yang diambil oleh Zon Abu Bakar bagi menyokong pelaksanaan Go Green di Jabatan adalah seperti berikut:
![]() |
| Label peringatan sebelum meninggalkan pejabat |
![]() |
| Kad Mesra Go Green |
![]() |
| Peringatan melalui Desktop Wallpaper |
GO GREEN: JUALAN BARANGAN KITAR SEMULA
25 JULAI - Zon Abu Bakar dengan kerjasama Alam Flora Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi jualan barangan kita semula bagi memastikan objektif Go Green di zon ini tercapai. Hasil jualan barangan ini akan dimasukkan ke dalam tabung EKSA zon untuk sebarang perbelanjaan pada masa akan datang.
PENAMBAHBAIKAN EKSA DI ZON ABU BAKAR
19 JULAI - Teguran dan pandangan Juruaudit semasa Audit Silang yang lalu diambil perhatian berat oleh Zon Abu Bakar. Berikut antara teguran yang diperoleh untuk ditambahbaik:-
Sehubungan itu, berdasarkan penemuan dan teguran tersebut, Zon Abu Bakar telah mengambil inisiatif untuk memastikan tindakan susulan diambil dengan kadar segera.
.png)
































